04 March, 2014

Jangan Lupa, Kau Cuma Hamba :)

Bismillahirrahmanirrahim :)


Satu hari, jiwamu Dia uji.
Dan kau mula rasa lemah hilang daya diri.
Kau cuba bangun, cuba berdiri lagi.
Kau beri pada Dia macam macam janji.
Kau kata kalau Dia beri gembira, kau akan balas dengan taat setia.

Kemudian Dia hapuskan duka.
Dia gantikan dengan tawa.
Menanti kau kotakan kata, untuk jadi hamba yang setia.
Tapi ternayat kau lupa.
Kau cuma leka dengan kasih-Nya, lupakan janji kau pada Dia.

Dan bila satu hari, Dia tarik semuanya kembali.
Kau terkedu dan jatuh lagi.
Kau tanya kenapa Dia zalimi.
Kau tanya kenapa kau yang harus hadapi.
Kau tanya Tuhan, mana janji janji?

Bagaimana kalau Dia kata, kotakan dulu janji lama?

Kau pertikaikan adil Tuhan.
Bila kau sendiri lupa apa yang telah kau janjikan.
Bila hak Dia, kau tak pernah tunaikan.

Siapa hamba siapa Tuhan?

Tapi baiknya Dia.
Tak terus hukum bila Kau jatuh dalam lubang kesilapan yang sama.
Dia tahu kalau kita sedih, kita akan janji macam macam.
Dia tahu kalau kita gembira, kita akan cepat lupakan Dia.

Dia tahu semuanya.
Tapi tetap juga tunggu kita balik.
Cari Dia dan terus cari Dia.
Untuk Dia angkat kita.
Nak maafkan kita.

Lalu.
Apa panggilan Dia itu, kita sambut atau sekadar toleh basa basi?